Like Donk ^_^

Sabtu, 18 Desember 2010

.*. Kecantikan Islam adalah Pakaian kunci keimanan .*.



Bismillahirahmanirahim ( Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang)
Ramai yang mempersoalkan, apa yang wajib dipakai dalam Islam dan apa sebenarnya pakaian muslim? Pakaian Islam adalah Keimanan.Kalau kita kuat pada keimanan, pakaian yang menutup aurat kita juga akan terjaga kerana kita rasa malu pada Allah dan malu pada manusia. Maruah terjaga.

Bagi muslimah. Pakaian memainkan peranan penting. Banyak hal yang perlu kita jaga dari segi pemakaian, pernah seketika bila di beri penjelasan pada pelajar pelajar perempuan bertanya kepadaku, Ustazah, pakaian muslimah itu sebenarnya apa? saya meletakkan tangan saya di dada. " Jiwa dan Keimanan" dua pakaian yang paling bersih jika jiwa kita bersih mengingati Allah dan rasul sentiasa, itulah pakaian kesempurnaan. pakaian keimanan kita adalah ketakwaan kita dalam mencegah diri dari keaiban dan mencegah diri kita dari berpakaian yang menjolokkan mata, Itulah pakaian keimanan kita.Mencegah adalah lebih baik dari .......................
Baiklah saya jelaskan sebenarnya apa itu pakaian Islam. Ingin saya mengingati lagi, Islam is Beautiful... and Is complete religion. Islam sungguh indah dan cukup juga lengkap dalam agama.  dan Islam is Fashionable.. Fashionable dari segi pakaian harus terjaga, bersih dan tertutup. Itulah kelebihan islam yang boleh dikatakan bila berjilbab, tutup aurat dikatakan kuno padahal itulah yang indah dimata Allah dan manusia. sehinggakan pelajar pelajar saya kata..Ustazah! you become fashion designer and we become your customer. saya cuma balas dengan senyuman.
  • pakaian islam pernah diterangkan oleh Rasulullaah s.a.w bila wanita itu sudah baligh. wajib menutup aurat hanya wajah dan tapak tangan terbuka. dari segi pemakaian, jangan lah berpakaian ketat jika berjilbab dan bertudung, pakaianlah yang sempurna. jangan memakai t-shirt berlengan pendek dan janganlah nampak leher atau dada...sedangkan anda bertudung dan menutup rambut tapi kulit pada leher dan dada terbuka dan tangan terdedah. Itu bukanlah pakaian muslimah sebenarnya. pakailah dengan sopan, jagalah akhlakmu dan jaga juga etikamu
  • pakaian islam juga bagi muslim dan muslimah adalah  seperti saya pernah mengatakan dalam artikel sebelumnya ialah akhlak dan etika. Pakaian yang paling indah adalah sifat pemalu kerana malu itu adalah sebahagian dari iman.
  • Pakaian islam juga adalah sifat dan cara pemikiran kita, untuk lebih tamadun dan peradaban, kita harus pandai berfikir. berfikir mencari kemajuan dalam hidup kemajuan untuk berdakwah dalam ilmu dan mencari ilmu untuk memperaktikan.
  • akhir sekali pakaian islam adalah Nafs kita. Jihad dalam Nafs kemaksiatan. Biarlah apa orang memperkatakan pada kita. Kamu ini kuno! kamu ini alaaaaaaaa menyampah nak berkawan dengan kamu dan sebagainya... dalam perjuangan ini  mencegah lebih baik dari........tidak mencegah langsung.
Justru itu, membaiki diri mencari apakah pakaian islam yang sesuai dan cubalah peraktikan sebaiknya. Melihatlah dari sudut kehidupan dan apa sebenarnya yang kita cari dalam kehidupan ini. kalau kita boleh lihat betapa azabnya neraka depan mata, kita semua tidak berani melakukan dosa. Begitu juga kalau kita melihat betapa indahnya surga yang Allah tentukan ..semua orang akan berebut rebut ketempat itu. Pilihlah mana pahala dan dosa, haram dan halal dalam kehidupan ini.

wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikumwrwb
salbiah sirat

Di kutip dari Pakaian adalah kunci Keimanan

 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

My Musik